Friday, May 1, 2020

Dugaan dan ujian

   Bissmillah hir rahman nir rahim..
Baiklah, kenapa kita mempunyai dugaan? Ooky, semua orang ada dugaan dan ujian tersendiri yang Allah turunkan untuk diri sendiri. Jadi persoalan dekat sini "KENAPA".... 

   Allah turunkan dugaan atau ujian tersebut adalah untuk kita sendiri tahu bahawa sebenarnya kita mampu hadapi dan untuk kita tahu yang kita sebenarnya kuat untuk hadapi. Tapi tulah, manusia sekarang ni dia rasa macam dugaan dan ujian yang dia hadapi ni, dia tak mampu.. Sedangkan Allah takkan turunkan sesuatu ujian terhadap kita, bila mana kita tak mampu. So, dekat sini dugaan dan ujian yang kita dapat ni nak saya katakan, kita mampu. 

   Ooky,baiklah.Seperti tadi saya katakan,dugaan dan ujian ni diturunkan atas kemampuan masing-masing. Jadi,asbab seterusnya. Kenapa kita mempunyai dugaan dan ujian adalah kerana Allah sayang kita. Allah tersangat sayangkan kita. Sebabtu dia nak uji hamba dia. Sejauh mana kesabaran kita, sejauh mana ketaqwaan kita dan sejauh mana kita bergantung kepada-Nya.Allahhu akhbar, Allah maha besar.Jadi dekat sini kenapa kita perlu pertikaikan dan bertanya lagi, mengapa kita harus hadapi ujian, kenapa aku, dan sebagainyalah.Janganlah sesekali kita berkata dan bermonolog sedemikian. Sebab dugaan dan ujian turun kepada kita, adalah salah satunya kerana Allah sayangkan kita. 

   Itu sahaja perkongsian saya. Yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari diri saya sendiri.

NURAQILAHADEYSHAM